Pages


Saturday, June 18, 2011


Menganalisa Kemanusiaan 









Satu Program Khas untuk melahirkan ahli psychoanalist . Penemuan Formula Menganalisa Tingkahlaku Manusia bagi mengenalpasti Kekuatan, Kelemahan dan Potensi seseorang. Amat berguna kepada semua dalam Pengurusan Sumber Manusia, Barisan kepimpinan pengurusan, ahli jualan dan pemasaran serta mereka yang perlu mahir dalam ilmu kaunseling. Satu program ilmu yang dapat menghurai jawapan kepada kaedah melahir dan membangun insan cemerlang. 


PENERANGAN TENTANG HUMAN CODE. 

Human Code adalah satu penemuan Dr Abdul Zaman Mansur dalam menterjemahkan satu kaedah MEMBACA PERIBADI SESEORANG. 

Human Code adalah satu kod khas bagi kita membuat penilaian tentang POTENSI seseorang tentang kekuatan diri, kelemahan diri dari sikap semulajadi atau fitrah manusia. 

Human Code adalah satu pattern tentang tingkahlaku manusia yang menjurus kepada impak positif dan negatif tindakan yang biasa di ambil oleh seseorang. 

Kegagalan dalam kebanyakan organisasi atau perniagaan adalah kerana kegagalan awal Perancang untuk mengenalpasti kekuatan individu dalam pasukan. Salah pemilihan sering menjadi punca dalam kegagalan dalam perancangan perniagaan ataupun strategi organisasi. 

Konvensyen Human Code ini dalah satu permulaan baru bagi semua yang terlibat dalam urusan Pembangunan Insan untuk belajar satu kaedah atau FORMULA untuk menilai seseorang itu disegi: 


Kekuatan dan kemampuannya 
Kelemahan yang harus diperbaiki. 
Potensi seseorang itu dalam melaksanakan tugasan dan misi. 
Memahami Fitrah Manusia yang berbeza –beza. 


Konvensyen sehari ini merupakan satu Pendedahan Ilmu Kemanusiaan oleh Dr Abdul Zaman Mansur(Mentor)dan Kapt(B)Azhar bin Awang(Perunding Psaikologi) yang banyak memberi latihan kepada bakal-bakal usahawan, golongan profesional dan golongan-golongan yang sentiasa tidak jemu-jemu dengan ilmu-ilmu yang bercorak kemanusiaan dan dengan kata lain (Rahsia Manusia Cemerlang). 

Semua peserta konvensyen akan di beri pengajaran tentang ilmu yang setaraf sebagai seorang Kaunselor yang biasanya perlu menjalani kelas bertahun tahun. Dalam konvensyen sehari ini, peserta dapat memahami tentang manusia dan keperluan asas manusia serta hala tuju tingkah laku kemampuan manusia. Dengan adanya pendedahan yang hakiki tentang kelemahan, kelebihan, bakat serta potensi diri yang dianugerah oleh Allah ini, nescaya peserta-peserta konvensyen ini akan lebih kuat lagi berusaha dan menggunakan semaksima mungkin kelebihan-kelebihan yang ada juga dalam masa yang sama dapat diperbaiki sebaik mungkin tentang kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti maka dengan ini kualiti dan penghasilan kerja sudah tentu dapat dipertingkatkan dengan jayanya. 

Semua peserta juga akan diberi Tauliah Persijilan Human Code yang akan dikeluarkan oleh Sekretariat dan akan ditandangani oleh Kapt(B)Azhar Bin Awang. 


The solution tools for: 

1. Marriage Matching 

2. Baby Date of Birth 

3. Career Selection 

4. Relationship Analyst 

5. Children Development 

6. Human Management 

7. Husband / Wife Relation 

8. Marketing and sales 


CONTOH KETEPATAN HUMAN CODE. 



Ketepatan Human Code yang diasaskan oleh Dr Zaman boleh dirujuk kepada beberapa Jabatan dan Kementerian yang pernah terlibat dalam menggunakan kaedah beliau dalam Menganalisa Individu. Antara Jabatan yang boleh anda rujuk adalah: 



-Unit Dasar , Kementerian Pelajaran Malaysia, Putra Jaya. 

-Bahagian Latihan & Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

-Bahagian Sumber Manusia, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. 

-Pengarah Kolej Jururawat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Antaranya Ipoh, Alor Setar, Taiping, Segamat, Johor Bharu dll. 

-Takaful Ikhlas, Bahagian Agensi.Hayat. 

-Kolej Jururawat Seri Manjung. 

- Bomba Wilayah Persekutuan. 

- Yayasan Kasih Sayang Malaysia Selangor. 

-Takaful Etiqa , Agensi Hayat. 

-Felcra Seberang Perak. ( En. Zainal ) 


CONTOH HUMAN CODE. 


Manusia yang mempunyai Kod No 1 adalah Manusia yang peka kepada Kebersihan, Kemas dan Amat Teliti dan mementingkan kualiti bila melaksanakan sesuatu. Biasanya mereka yang lahir pada 1 hb adalah Insan yang memegang Kod Manusia No 1. 




TESTIMONI HUMAN CODE


HUMAN CODE yang saya pelajari memang menakjubkan. Walau pun dalam masa yang terlalu singkat , peranan manusia yang datang dari pelbagai karektor dapat dikenal pasti. Kemahiran , pemahaman, cara berfikir, kaedah pendekatan dan penyelesaian, kematangan serta ilustrasi abnormal. Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya melihat ketepatan yang ada didalam diri saya amat memuaskan. HUMAN CODE ini juga membantu saya untuk memahami mereka yang berada di sekeliling kita terutama keluarga dan rakan sekerja.

HUMAN CODE ini banyak membantu saya dalam mendekati , mencari dan memahami setiap sifat-sifat yang ditonjolkan dalam pergaulan sesama insan. Terutama bagi mereka yang mempunyai masalah yang tidak tahu untuk diluahkan. Dengan mempelajari HUMAN CODE ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memperbaiki peranan masing-masing. Saya harap akan diberikan kelapangan untuk meneruskan kemahiran ini dalam waktu yang terdekat.

Mardiana Binti Mohd Isa

LEMBAGA TABUNG HAJI